So kepada sesiapa yang nda tau tu, yes aku sekarang tengah berjinak-jinak dalam dunia screenprinting. Mula-mula ingat beli mesh ngan blok, taru design, ZAP ZAP siap suda baju, sekali bila suda start, satuuuu satu masalah timbul. Warna putih nda melekat la, base nda stable la, cat terlampau pekat la, glow in the dark ilang lepas cuci la, offset printing la, flooding la, curing, color separation, itu la ini la... Macam ambik digriii oh! Tapi beza dia tiada cigu seja. (Ada la cikgu, forum2 t-shirt dan youtube dan kakak assistant Khai Lien sama bros2 di Roundneck USJ selalu bagi nasihat sama aku. Makasih kamurang ah!)
So selepas banyak benda belajar. Aku tahu aku kena ada jugak 'station' ntuk aku buat printing2 ni. Selepas BANYAK baca benda di t-shirtforums.com aku pun rasa macam tau la mo buat station yang macamana. Ada 2 jenis sebenarnya, satu rotary press, tu more 'mainstream' la orang bilang. Tapi aku ni kan macam nda cukup bajet, jadi aku try la yang lebih 'budget friendly' sikit iaitu line table setup... kepada yang nda tahu apa benda aku cakap, ndapa. ni contoh gambar yang aku p google baru jak tadi.
Ni rotary press. Harga mahal, mau start pun banyak hal. Tapi flexible.
Yang ni ramai south-east asian guna. Style gini bulih buat banyak2 t-shirt skali.
kalau yang di atas tu cam satu-satu kena buat, so orang semenanjung bilang 'leceh' la. hehe.
So apapa pun, aku telah membuat keputusan untuk buat sendiri (jimat, beli kayu jak. sama penukul, sama paku, sama gergaji, sand paper, pahat, aduh poket aku..) Dengan keadaan aku yang ndak berkereta sendiri ni (kalau mak bace, please kasihani adik mak... please!! T_T) , aku terpaksa la angkut semua equipment aku tu naik motor fz (fz.. me gusta) aku yang biru2 tu.. Aku p kasi bangun adik aku, belanja dia makan, suru dia angkat kayu pastu yang mana muat tu kasi masuk seja dalam beg aku yang aku beli aritu. Beg tu besar, bole muat 1/2 badan aku. Kalau aku kecil mungkin aku pun muat. Mengkali lah. Heheh.
So! Ini dia aku punya schematics! Aku punya printer teda ink, ari sabtu pula kedai print tutup. Apa lagi, handmade jak la semua (sampai schematics pun aku SALIN jak dari intenet)
Tiada dalam gambar: Plywood 6 keping saiz 15x17"
Ya. Itu meja makan. Get over it. Saya tiada garage. Memaku pun atas lantai jak.
(Jangan kasitau tuan rumah ah)
Bila suda siap tu, inila hasil dia sebelum aku biar dia tersadai (sejak hari Sabtu, sebelum aku p lawat CoolBlog kawan aku ari ahad lepas)
Oh, adik aku ada tulung menukul. Aku cam takut2 sebab telampau bising. Tapi dia cam enjoy pula aku tingu. Biarla. Pas tukul, baby nangis. Biarla. Suda lepas juga.
Okaaayyyy suda siap tu kan, suda aku p CoolBlog member aku semua, hari Isnin pun menjelang lah tiba... aku pun rasa cam bangas suda di ruma menunggu Isnin (kalau aku buat ni ari Ahad kena tendang pintu ruma aku jiran2 buat... ataupun diorang komplen jak la sama management) so aku pun angkat la penukul tu... sama paku2 yang ada, aku pun kasi lekatla 'platen' di atas bar kayu di atas tu...
Sebelum aku tunjuk gambar final, mo tanya kamu. Best ka baca blog post kali ni? Harap2 ilmu yang aku mau sampaikan ni termasuk la dalam minda dan pemikiran kamu semua ah... Ok masa rehat suda tamat, nah gambar final!
Selepas ketung ketang ketung ketang (diiringi dengan bunyi baby nangis dsbg) aku rasa amat berbangga sebab dapat siapkan benda ni properly. Kesian meja makan aku... abis penuh habuk kayu. Aku janji esok aku akan kemas ko baik2 ah. Lap kau sampai berkilat supaya kami bole makan atas kau lepas ni... Ndadala tu station aku mau taru sana permanent bah.. Nanti aku cari alternatif lain. Aku printing ala orang jepun tuang green tea ka? (sambil duduk macam duduk solat gitu.. ok kah? Haha)
Okeh! Tu jak la aku punya entry kali nih. Kalau mau, share la sama kawan2 k? Kalau ada soalan apapa tanya ja jangan malu2. Kalau kamu nda bagi, aku nda gigit. Hehehe. Mungkin next time aku akan post pula pengalaman aku bermain dengan heat gun (Malaysian panggil hot air gun) jenama BOSCH yang aku baru beli kemarin di IOI Mall (sebab tempat lain teddaaa!!! grr...). Salam!
Cheers,
Matsuo.